Guardiola: Liga Juara-Juara Paling Mencabar

0
82

 

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui Liga Juara-Juara merupakan saingan yang paling mencabar berbanding pertandingan lain selepas pasukannya mencatat keputusan seri 2-2 dengan Lyon hari ini, sekali gus mara ke peringkat kalah mati.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir untuk enam musim berturut-turut setelah Aymeric Laporte dan Sergio Aguero membantu City menafikan dua gol Maxwel Cornet.

“Liga Juara-Juara hari ini menunjukkan kepada saya sekali lagi bahawa tiada pertandingan lain yang lebih mencabar seperti ini.

“Itu sebab setiap kali kami memikirkan tentang Liga Juara-Juara, semua orang akan mengatakan bahawa ia mudah bagi Manchester City. Mereka sebenarnya keliru tentang perkara ini.

“Perkataan adalah perkataan. Mereka yang kata itu sebenarnya tidak pernah menyaksikan persembahan Lyon, aksi Hoffenheim dan cara permainan Shakhtar,” kata Guardiola.- AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here