Guardiola Minta Maaf Kerana Pilih Mahrez Sebagai Penendang Penalti

0
2909

 

Manchester City hanya mampu meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Liverpool di Anfield. Dalam perlawanan kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta peluang terbaik bagi menjaringkan gol.

Sejak City dibimbing Guardiola, pasukan itu memiliki rekod yang cukup buruk ketika beraksi di Anfield. Namun dalam perlawanan awal pagi tadi, City sebenarnya memiliki peluang keemasan untuk meraih kemenangan.

Enam minit sebelum perlawanan ditamatkan, City dihadiahkan sepakan penalti tetapi Riyad Mahrez yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakan tugasan tersebut setelah menyepak bola melambung tinggi dari gawang Alisson.

Guardiola Minta Maaf

Dalam sidang media selepas perlawanan, Guardiola meminta maaf atas kegagalan Mahrez menyempurnakan sepakan penalti. Ini kerana Guardiola lah yang memutuskan bahawa Mahrez menjadi penendang.

Setelah pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti untuk City, Gabriel Jesus dilihat menuju ke kotak penalti untuk megambil sepakan tersebut. Tetapi Gurdiola mahu Mahrez yang mengambil penalti tersebut.

“Dalam sisi latihan, setiap hari saya melihat Mahrez mengambil penalti dan sebab itu saya percaya kepadanya. Kegagalan kali ini akan menjadi pengalaman berharga buat Mahrez, selepas ini pasti masuk. Gabriel Jesus juga ingin mengambil penalti itu. Saya minta maaf. Itu adalah keputusan saya,” ujar Guardiola kepada The Guardian.

Sepatutnya Aguero

Guardiola mengatakan bahawa penendang penalti utama Manchester City adalah Sergio Aguero. Namun ketika City memperolehi sepakan penalti, Aguero sudah dikeluarkan dari perlawanan.

“Biasanya dalam enam atau tujuh bulan sebelum ini, semua penalti akan diambil oleh Sergio Aguero, tapi dia tadi berada di bangku simpanan. Dia masih berada dalam perlawanan ketika kami sepatutnya mendapatkan penalti, tapi pengadil tidak memberikannya.

“Mungkin kami memerlukan dua penalti untuk mendapatkan gol. Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil dan keputusannya,” kata Guardiola.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here