Guardiola Minta Para Pemain City ‘Lupakan’ Liverpool

0
158

 

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola meminta agar para pemainnya tetap fokus pada pasukan dan melupakan Liverpool dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pada perlawanan yang ke-22 EPL, City kembali mendekatkan jurang mata dengan Liverpool apabila berjaya meraih tiga mata penuh mengalahkan Wolves dengan keputusan 3-0.

Ketika ini, City telah mengumpul 53 mata manakala Liverpool di puncak liga dengan 57 mata. Perbezaan empat mata ini membuatkan perebutan gelaran juara liga musim ini semakin terbuka.

Walaupun berjaya merapatkan jurang mata dengan Liverpool, Guardiola menegaskan bahawa pasukannya perlu fokus pada perjalanan mereka sendiri daripada memikirkan kejayaan pihak lawan.

“Kami tidak boleh melakukan apa-apa pun terhadap perlawanan Liverpool, itu perlawanan mereka.

“Satu-satunya cara untuk terus beri tekanan kepada mereka adalah tetap berada di sana (kedudukan kedua liga) dan mungkin suatu hari nanti mereka (Liverpool) bakal tersungkur,” kata Guardiola seperti dilaporkan BBC.

Guardiola berpesan kepada para pemain City agar tidak memikirkan tentang perlawanan Liverpool.

“Saya berpesan kepada mereka (pemain City) untuk tidak melihat jadual perlawanan Liverpool, lupakannya. Kebiasanya jikalau itu berlaku, anda kehilangan (prestasi sebenar) pada perlawanan sendiri.

“Sudah tentu jika kita kalah, mereka (Liverpool) akan menjadi juara. Oleh itu, kami perlu memberi tekanan kepada mereka dengan memenangi setiap perlawanan yang kami hadapi,” tambah Guardiola.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here