Hajat Perlis Ikat Loridon Tidak Kesampaian

0
463

 

Perlis terpaksa melupakan hasrat untuk mengikat bekas bintang import Kedah, Liridon Krasniqi apabila pemain kelahiran Kosovo itu sudah membuat keputusan untuk menyertai pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang lain bagi saingan musim depan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie selepas pihaknya menghubungi Liridon sendiri sebelum ini.

Sebelum ini Perlis juga kempunan untuk mendapatkan khidmat Tan Cheng Hoe sebagai pengarah bola sepak.

Namun perkara tersebut tidak mematahkan semangat pengurusan PFA untuk mencari pemain import lain yang berkualiti dengan empat atau lima calon sudah disenarai pendek dan akan ditandatangani sebelum berakhirnya tempoh pendaftaran, 20 Februari ini.

Khabar angin kini bertiup kencang mengatakan Liridon bakal menyarung jersi juara bertahan Piala FA, Pahang yang kini sedang giat melakukan persiapan pramusim di Thailand.

Sekiranya Liridon akan terus beraksi dalam saingan Liga M, ianya akan mencerahkan peluang Liridon untuk diserap sebagai pemain naturalisasi kedua negara selepas melengkapkan syarat lima tahun beraksi di Liga M.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here