Harimau Malaya Mengaum Di Phnom Penh

1
374
Foto: FAM

 

Malaysia memulakan kempen Piala AFF dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kemboja 1-0 dalam aksi Kumpulan A kejohanan di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, Kemboja, sebentar tadi.

Penyerang Nprshahrul Idlan Talaha membuktikan dirinya masih berbisa apabila meledak gol tunggal kemenangan untuk memberikan tiga mata cukup bermakna buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam melepasi halangan Kumpulan A. Selepas ini skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos, Vietnam dan Myanmar.

Untuk rekod, ini pertemuan ketiga melibatkan Malaysia dan Kemboja dalam saingan AFF dengan skuad negara turun dengan rekod 3-2 dalam dua perlawanan pada edisi 2000 dan 2016.

Tiada masalah buat Cheng Hoe untuk menurunkan kesebelasan terbaik dengan mempertaruhkan gandingan kapten Zaquan Adha Abd Razak , Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia Safawi Rasid dan pemain naturalisasi dari Gambia Mohamadau Sumereh di jentera serangan.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya (Foto; FAM)

Bagaimanapun, Norshahrul atau lebih dikenali Mat Yo lebih mencuri tumpuan apabila meledak menerusi tandukan jarak dekat pada minit ke-30 selepas dia melepaskan peluang terbaik lapan minit sebelum itu.

Gol tersebut ternyata meredakan sedikit tekanan yang diterima skuad negara selepas tuan rumah lebih banyak menguasai bola.

Namun penyudah penyerang tuan rumah Reung Bunheing dan Chan Vathanaka yang kurang tajam menghampakan skuad kendali Felix Gonzales itu.

Skuad negara sebenarnya boleh mendahului permainan lebih awal namun bola rembatan kaki kiri Safawi pada minit ke-26 hanya sekadar mengegar tiang kanan gawang Kemboja ketika Um Vichet sudah tertewas.

Bersambung pada babak kedua, permainan lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan untuk mendapat gol.

Pada minit ke-70, Cheng Hoe mengeluarkan Zaquan dan Norsahrul untuk digantikan dengan Shahrel Fikri dan Ahmad Hazwan Bakri bagi menguatkan lagi jentera serangan.

Skuad Harimau Malaya memperolehi peluang terbaik untuk menggandakan jaringan pada minit ke-80, namun Sumareh yang melakukan larian di sebelah kanan gagal menewaskan panjaga gol tuan rumah, manakala percubaan pada masa tambahan pula hanya sekadar terkena tiang untuk kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Dengan format baharu tanpa tuan rumah, Malaysia akan kembali ke tanah air dari Phnom Penh untuk berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Isnin ini, disusuli Vietnam di Hanoi (16 November) dan Myanmar di SNBJ (24 November).

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here