Harimau Malaya Tewas Tipis

1
1451

 

Skuad negara tewas tipis 0-1 kepada Kyrgyzstan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Skuad negara telah mempersembahkan aksi yang menyakinkan dan berpeluang mencipta kemenangan sekiranya berjaya menjaringkan gol menerusi beberapa peluang keemasan khususnya di separuh masa pertama.

Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha memperolehi peluang seawal minit kelima untuk meledak jaringan, namun percubaanya tersasar.

Pelawat yang turun untuk mencari kemenangan sebagai motivasi menghadapi Piala Asia 2019 turut melakukan percubaan menerusi Kozubaev pada minit ke-13 namun tandukan pemain itu sedikit tersasar dari gawang Harimau Malaya yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-24, pelawat sekali lagi menguji benteng pertahanan negara namun tandukan penyerang utamanya Batykanov Eenist sekadar melepasi palang gol.

Norshahrul atau lebih dikenali Mat Yo memperolehi peluang terbaik mencetak jaringan pendahuluan pada minit ke-29, namun percubaanya sekadar menggegar palang gol.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mampu menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang, termasuk menerusi kapten, Zaquan Adha Abd Razak pada minit ke-34 dan 41 namun dinafikan penjaga gol Matias Pavel.

Rembatan kencang pemain muda negara, Muhammad Syahmi Safari pula tersasar pada minit ke-43 diikuti percubaan Mat Yo seminit selepas itu turut gagal mencipta jaringan.

Bersambung pada babak kedua, pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh turut mencipta peluang pada minit ke-63 namun gagal membuahkan hasil.

Sagynbaev Bekzhan akhirnya menjaringkan gol kemenangan buat Kyrgyzstan pada minit ke-68 menerusi satu rembatan yang menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi.

Selepas jaringan itu skuad negara cuba untuk bangkit mencari gol penyamaan namun gagal walaupun lawan terpaksa bermain 10 pemain selepas Iusupov Mustafa dilayangkan kad merah pada minit ke-80.

Statistik lebih sembilan percubaan bahaya Harimau Malaya membuktikan ada perubahan menarik skuad terbabit yang berdepan skuad ranking ke-91 dunia itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here