Hazard Mendedahkan Dia Menjadi Penyebab Chelsea Memecat Mourinho

0
1464

 

Dalam satu temubual bersama HLN, Hazard mengatakan dia antara penyebab Mourinho dipecat.

Malah dia turut mendedahkan dia mahu kembali bekerja bersama dengan Jose Mourinho.

Malah bintang Chelsea itu turut meluahkan kekecewaan ketika Mourinho berada di Satmford Bridge.

Walaupun berjaya membawa Chelsea berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015, Mourinho dipecat selepas memulakan kempen baharu yang kurang baik.

“Dalam tempoh 12 tahun, saya hanya ada satu musim buruk, enam bulan terakhir di bawah pengurusan Mourinho…adalah salah saya sendiri.

“Selepas menjuarai liga, kami meminta kebenaran dengan Mourinho untuk bercuti panjang. Dan saya kembali dengan keadaan yang tidak bagus.

“Imej Mourinho yang digambarkan kepadanya sebagai pengurus yang suka mempertahankan diri adalah tidak betul. Dia adalah jauh lebih suka cabaran seperti Pep Guardiola .

“Musim terakhir bersama Mourinho tidak bergitu gembira. Kami tidak menang, kami hanya mempunyai rutin yang pendek, berlatih tanpa gembira, ia lebih baik semua pihak berpisah.

“Tetapi jika ditanya sekarang dengan jurulatih mana yang saya ini kembali bekerja, saya akan jawab Mourinho,” ujar pemain antarabangsa Belgium itu.

Hazard turut mendedahkan dia telah menghantar mesej kepada Mourinho untuk meminta maaf selepas jurulatih dari Portugal dipecat.

“Saya berasa bersalah kerana saya adalah Pemain Terbaik Tahunan dan merupakan pemain yang paling tegas tetapi saya kurang bermain.

“Kami sebuah pasukan yang boleh memenangi banyak trofi, namun berakhir dengan pusingan negatif.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here