Higuain Beri Hadiah Gol Buat Gattuso

0
169

 

AC Milan mengakhiri trend buruk dalam saingan Serie A selepas berjaya mengalahkan SPAL 2-1 di San Siro.

Pada minit ke-13, Milan terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan gol Andrea Petagna. Tetapi Milan kembali bangkit dengan dua gol menerusi jaringan Samu Castillejo pada minit ke-16 dan Gonzalo Higuain pada minit ke-64.

Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan siri keputusan buruk Milan yang tidak pernah menang dalam empat perlawanan terakhir Serie A iaitu dua seri dan dua kekalahan.

Penjaring gol Milan dalam perlawanan tersebut, Gonzalo Higuain berkata golnya dihadiahkan khas kepada jurulatih, Gennaro Gattuso.

“Sejujurnya, Gattuso sentiasa menyokong saya dan segala-galanya. Gol ini adalah untuknya,” kata Higuain seperti yang dilaporkan oleh Soccerway.

“Ini adalah gol penting dan tiga mata penting, selepas kami telah mensia-siakan peluang sebelum ini,” kata penyerang Argentina itu.

Dengan kemenangan ini, AC Milan mengumpul 31 mata berada di posisi kelima liga dan hanya satu mata di bawah Lazio yang berada di posisi keempat liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here