Hukum Makmum Baca Al-Fatihah Ketika Imam Sedang Membaca Surah-Surah Lain..

0
590

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?

Contoh situasi: ketika imam membaca surah laim sesudah surah Al-Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).

Jawapan:

Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.

Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).

Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;

(إذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم

“Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”

Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih:

إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان

“Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.”(al-Darqutni)

اليسع
Wallahu a’lam

Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here