Ibrahimovic Perlekehkan Ronaldo, Berpindah Ke Juventus Bukan Satu Cabaran Baru

0
237

 

Zlatan Ibrahimovic menyifatkan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus sebagai mengarut dan bukan satu cabaran baru buat bintang dari Portugal itu.;

Ronaldo berhijrah ke Itali pada musim panas lalu dengan harga perpindahan sekitar 88 juta pound sterling.

Ketika ini, Ronaldo menunjukkan prestasi yang agak baik bersama Juventus apabila berjaya menjaringkan 15 gol dan 8 assist dalam 25 penampilannya.

Sebaik sahaja berhijrah ke Turin, Ronaldo mendakwa perpindahannya ke Juventus sebagai satu cabaran baru dan menggesa Lionel Messi supaya mengambil jalan yang sama sepertinya.

“Saya bermain di England, Sepanyol, Itali dan Portugal dan untuk pasukan kebangsaan saya manakala dia (Messi) masih di Sepanyol.

“Mungkin dia perlukan saya. Bagi saya, kehidupan adalah cabaran. Saya menyukainya dan saya mahu lihat orang lain gembira.

“Dia pemain berbakat dan baik tetapi saya tidak terlepas apa-apa di sini. Ini kehidupan baru saya dan saya amat gembira,” kata Ronaldo.

Walau bagaimanapun, Ibrahimovic telah membidas dakwaan Ronaldo dan menyifatkannya sebagai mengarut.

“Cristiano bercakap mengenai cabaran baru, dia sebutkan itu cabaran untuk berpindah ke sebuah kelab di mana ianya normal untuk memenangi Serie A.

“Mengapa dia tidak memilih menyertai sebuah kelab dari divisyen dua beberapa tahun lalu?

“Cuba jadi juara dengan juara kelab divisyen dua dan mengetuai mereka ke peringkat tertinggi, itulah baru cabaran.

“Ianya mengarut, berpindah ke Juventus bukan satu cabaran sama sekali,” jelas Ibrahimovic.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here