Impian Jurulatih Juventus Dapatkan Isco Bakal Menjadi Kenyataan?

0
217

 

Impian jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, 51, untuk membawa Isco Alarcon (Real Madrid) ke Allianz Stadium pada tahun 2019 nampaknya bakal menjadi kenyataan. Menerusi laporan Calciomercato pada hari Khamis (12/06/2018), Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici akan cuba merealisasikan hasrat jurulatih itu.

Sebenarnya Allergi telah tertarik dengan Isco ketika dia dilantik sebagai jurulatih Juventus pada 2014 lagi. Pada masa itu, Allegri meminta Giuseppe Marotta (bekas CEO Juventus) dan Paratici untuk mendapatkan Isco pada musim panas 2014.

Walau bagaimanapun, tawaran yang dibuat oleh pihak Juventus itu telah ditolak oleh Isco. Menurut Isco dia belum memikirkan untuk meningggalkan Real Madrid lagi. Selepas empat setengah tahun berlalu, keadaan dan pemikirannya bakal berbeza.

Isco, 26, mula rasa tidak selesa bermain di Real Madrid apabila kemasukan Santiago Solari sebagai jurulatih Real Madrid pada suku pertama musim ini. Sepanjang Solari membimbing Real Madrid dalam tujuh perlawanan, Isco hanya bermain dalam empat perlawanan sahaja.

Lebih buruk lagi, dalam empat perlawanan itu, Isco sentiasa bermain bermula dari bangku simpanan terlebih dahulu. Oleh itu, untuk menyelamatkan kerjayanya, meninggalkan Real Madrid adalah seperti pilihan yang tepat.

Jurulatih Juventus itu dikhabarkan kagum dengan kualiti pemain tengah berusia 26 tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here