Ini Masa Terbaik Vietnam Tamatkan Kemarau 10 Tahun

0
183

 

Bintang tengah Vietnam, Nguyen Trong Hoang yakin dengan keupayaan dan barisan pemain yang dimiliki skuad Naga Emas untuk menamatkan kemarau 10 tahun merangkul kejuaraan Piala AFF.

Walaupun percaya pasukannya kini berada dalam prestasi terbaik, tonggak berpengalaman itu tetap mempunyai kebimbangan untuk turun beraksi dalam final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Baginya, aksi Harimau Malaya ternyata berbeza ketika beraksi di hadapan lebih 80,00 penyokong sendiri.

Menambahkan kebimbangan Troang Hoang lagi adalah dia salah seorang tonggak yang dikecewakan oleh Malaysia pada perlawanan akhir sukan SEA 2008 di Laos.

“Saya percaya, sekarang adalah masa terbaik Vietnam untuk menamatkan penantian 10 tahun kerana kami memiliki sekumpulan pemain muda dan berpengalaman yang berupaya menghadiahkan kejuaraan.

“Namun, saya sudah ingatkan pemain supaya tidak berlalu yakin walaupun perlawanan peringkat kumpulan memihak kepada kami.

“Saya pesan kepada mereka supaya ambil cerita pasukan Sukan SEA 2009 sebagai iktibar kerana aksi final ternyata berbeza sama sekali,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Katanya, kekalahan 0-1 kepada Malaysia dalam Sukan SEA adalah ‘duka lama’ yang menjadi pengajaran berguna buatnya setiap kali menentang Harimau Malaya.

“Keadaan sekarang sama seperti Sukan SEA di Laos. Ketika itu kami adalah pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas apatah lagi rekod di peringkat kumpulan memihak kami.

“Begitupun, memasuki perlawanan akhir, kami tewas tipis dan itu cukup mengecewakan. Senario sama nampaknya berlaku lagi di AFF kali ini, apabila kami berjaya menewaskan Malaysia dalam kumpulan sebelum ini,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here