Inter Milan Mahukan Mourinho?

0
125

 

Setelah tersebarnya berita tentang pemecatan Jose Mourinho dari Manchester United, nama Mourinho terus dikaitkan akan menjadi pengurus di pasukan-pasukan besar Eropah lain. Nampaknya, reputasi Mourinho dalam menjadi jurulatih masih dipandang tinggi dalam dunia bola sepak.

Mourinho dipecat dari United kerana gagal mencapai kejayaan seperti diharapkan pada musim 2018/19. Mourinho sebenarnya masih mempunyai kontrak dua setengah tahun bersama United. Tetapi, kedua-dua pihak telah memutuskan untuk menamatkan kerjasama.

Jurulatih berasal dari Portugal itu dikhabarkan menjadi sasaran kelab Serie A, Inter Milan.

Jawapan Pihak Inter Milan

Pengarah Inter Milan, Piero Ausilio, mengakui Jose Mourinho adalah seorang jurulatih yang hebat. Dia turut terkejut dengan apa yang terjadi kepada lelaki berusia 55 tahun itu. Namun, Ausilio mengatakan pengurusan Inter Milan masih berpuas hati dengan preatasi Luciano Spalletti setakat ini.

“Saya terkejut kerana kami sedang bercakap tentang seorang pengurus yang hebat. Saya tidak tahu apa alasan di sebalik keputusan United,” kata Ausilio.

“Saya punyai pandangan yang Mourinho sebagai seorang pengurus yang hebat, tapi kerana ini berkaitan dengan masa depan Inter Milan, maka kami merasa sangat berpuas hati dengan pengurus kami (Luciano Spalletti),” tegas Ausilio.

“Kami sedang membangun skuad masa depan bersama dengan Spalletti dan kami ingin terus bersama,” jelasnya seperti dilaporkan dari Four Four Two.

Hubungan Mourinho Dan Inter Milan

Jose Mourinho sentiasa dikenang sebagai wira oleh warga Inter Milan kerana beliau pernah membawa Inter ke satu era yang cukup gemilang.

Pada tahun 2010, Mourinho telah membawa Inter merangkul tiga kejuaraan, termasuk juara Liga Juara-Juara.

Inter adalah pasukan dari Itali yang pertama dan satu-satunya buat masa ini yang dapat merangkul kejuaraan treble (Serie A, Copa Italia dan Liga Juara-Juara) dalam tahun yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here