Irfan Bakti Kekal Kemudi TFC I Untuk Saingan Liga Malaysia 2019

1
1209

 

Skuad Terengganu Football Club I (TFC I) mendapat perkhabaran gembira sebelum aksi final Piala Malaysia apabila ketua jurulatih mereka, Irfan Bakti Abu Salim akan terus kekal mengemudi skuad dari Pantai Timur itu pada musim depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim yang memberitahu pihak mereka dan Irfan Bakti telah mementerai persetujuan untuk membentuk skuad TFC I yang lebih mantap untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2019.

“PBSNT berpuas hati dengan prestasi memberangsangkan TFC I musim ini yang mara ke final Piala Malaysia pada Sabtu ini selain suku akhir Piala FA dan tempat kelima Liga Super.

“Magis Irfan Bakti terus ditagih untuk melakar kecemerlangan yang lebih besar buat TFC I pada musim depan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PBSNT.

Walaupun tidak dibarisi nama-nama bintang pemain tempatan, Terengganu FC I telah berjaya menamatkan saingan Liga Super 2018 di kedudukan ke-5 dengan mengumpul 34 mata manakala mara sehingga ke pusingan ke-3 untuk saingan Piala FA.

Kejayaan terbesar Irfan Bakti pastinya membawa Skuad Peteh mara ke final Piala Malaysia sekaligus mengakhiri penantian pasukan itu untuk mara ke pentas final sejak 2011.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here