Irfan: Tugas Berat Menanti Harimau Malaysia Di Piala AFF

0
468

 

Skuad kebangsaan berdepan misi mencabar dalam aksi pembukaan Piala AFF bertemu Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini, demikian pandangan pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim.

Malah, jurulatih berpengalaman itu juga berpendapat bukan mudah untuk Malaysia mencabar kejuaraan sambil memilih Thailand dan Vietnam sebagai pasukan pilihannya.

Perlawanan Khamis ini, menurut Irfan, amat penting dalam menentukan peluang pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu yang menewaskan Angkor Warriors 3-1 dalam aksi pemanas badan, September lalu.

“Kemenangan itu (3-1) bukan ukuran sebenar. Mungkin jurulatih Kemboja, (Keisuke) Honda, sudah menghidu corak permainan Malaysia.

“Format baru di mana dua perlawanan di gelanggang sendiri boleh membantu skuad negara meraih keputusan lebih baik,” ujarnya.

Faktor pemain import TFC, Thierry Chantha Bin, bersama Kemboja turut sedikit-sebanyak mempengaruhi pendirian Irfan yang menjadi senjata pasukan lawan.

Keputusan positif ke atas Maldives, kelmarin, jelasnya diharap menyuntik semangat Harimau Malaya untuk mengulangi kejayaan muncul juara edisi 2010.

“Kita tiada pilihan selain perlu menang perlawanan pertama untuk meningkatkan motivasi menghadapi perlawanan berikutnya dengan Laos,” tambah Irfan.

Kredit: Stadium Astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here