Isu Gaji Punca Sabah dibelasah 0-5 Kepada Perak?

0
1768

 

Pengendali Sabah, Jelius Ating tidak menolak kemungkinan masalah gaji menjadi punca anak-anak buahnya hilang punca sehingga menyebabkan mereka dibelasah 0-5 kepada Perak dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia, Ahad malam.

Dia mengakui sebagai manusia biasa, emosi pemain sudah tentu terjejas apabila berdepan masalah gaji sehingga mempengaruhi prestasi ketika perlawanan.

“Secara jujur, kita adalah manusia, (apabila mengalami masalah gaji) perasaan (terganggu) itu mesti ada.

“Apabila emosi terganggu, adalah sukar untuk perbetulkannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Perak semalam.

Pada babak pertama, Sabah ketinggalan 0-2 setelah Hakim Hassan (minit 16) dan Wander Luiz (minit 42) menjaringkan gol buat Perak. Tuan rumah kemudiannya menambah tiga gol lagi selepas rehat menerusi Gilmar Jose Da Silva (Minit 73), Muhammad Firdaus Saiyadi (minit 75) dan penalti yang disempurnakan Leandro Dos Santos pada minit ke-90.

Walaupun tewas dengan jaringan yang besar, Jelius enggan menyerah kalah lebih awal sebaliknya akan memberi motivasi kepada anak buahnya untuk memulihkan semangat mereka bagi menghadapi separuh akhir kedua di laman sendiri pada 21 Oktober ini.

“Saya masih mempunyai tempoh masa dua minggu untuk mempersiapkan pasukan sebelum separuh akhir kedua di Likas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here