Jadual Piala Dunia Kelab FIFA 2018, Real Madrid Vs Juara Asia Di Separuh Akhir

0
404

 

Sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, Real Madrid (Sepanyol) akan terus bermain di pusingan separuh akhir Piala Dunia Kelab 2018.

Di pusingan separuh akhir ini, Madrid akan berhadapan dengan juara Liga Juara-Juara Asia, Kashima Antlers (Japan) di Stadium Zayed Sport City (Abu Dhabi UAE), Khamis 20/12/2018.

Kashima Antlers berjaya melayakkan diri ke separuh akhir selepas mengalahkan wakil Amerika Utara, Guadalajara (Mexico) pada pusingan sebelumnya.

Selain Real Madrid, juara Copa Libertadores, River Plate (Argentina) juga turut mendapat keistimewaan sama untuk terus bermain di peringkat separuh akhir.

River Plate bakal menentang wakil tuan rumah dari UAE, Al-Ain di Stadium Hazza bin Zayed.

Sebagai wakil tuan rumah, Al-Ain telah telah mengalahkan wakil  Oceania, Team Wellington (New Zealand), di pusingan pertama dan wakil Afrika, Esperance de Tunis (Tunisia), pada pusingan kedua.

Pemenang bagi perlawanan separuh akhir ini akan berebut gelaran juara pada 23 Disember 2018.

Selain perlawanan separuh akhir, Guadalajara dan Esperance de Tunis akan berlawan bagi merebut tempat kelima.

Jadual Piala Dunia Kelab 2018

Selasa, 18 Disember 2018, Perebutan Tempat Kelima

Esperance de Tunis vs Guadalajara, pukul 9.30 malam waktu Malaysia

Rabu, 19 Disember 2018, Separuh Akhir

River Plate vs Al-Ain, pukul 12.30 pagi waktu Malaysia

Khamis, 20 Disember 2018, Separuh Akhir

Kashima Antlers vs Real Madrid, pukul 12.30 pagi waktu Malaysia

Sabtu, 22 Disember 2018, Perebutan Tempat Ketiga

_ vs _, pukul 9.30 malam waktu Malaysia

Ahad, 23 Disember 2018, Akhir

_ vs _, pukul 12.30 pagi waktu Malaysia

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here