JDT Letakkan Harga Akhyar RM12 Juta, Turut Beri ‘Sedekah’ RM25,000 Buat KFA

0
468

 

JDT tanpa segan-silu meletakkan tanda harga RM12 Juta terhadap Akhyar Rashid selepas berjaya merembat pemain muda berbakat itu daripada Kedah.

Menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers (JST), Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan mereka telah menambah klausa pelepasan RM12 Juta ke atas kontrak Akhyar yang ditandatangani untuk kontrak empat tahun.

Langkah ini dipercayai diambil bagi mengelak mana-mana pasukan terutamanya dalam Liga Malaysia (Liga-M) ‘meniru’ cara JDT mendapatkan Akhyar daripada Kedah.

Malah JDT turut bermurah hati memberi ‘sedekah’ RM25,000 sebagai tanda hormat kepada pasukan Kedah yang sudah membangunkan bakat Akhyar.

Jadi Kedah akan menerima RM100,000 sebagai nilai pampasan daripada JDT selepas ditambah dengan nilai pampasan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak RM75,000.

Bijak JDT berniaga! Dapat dengan harga RM100,000 tapi jual dengan harga RM12juta. Berapa peratus untung JDT ambil?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here