JDT Mulakan Rundingan Dengan Akhyar

0
426

 

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi media sosial rasmi mereka, Johor Southern Tigers mendedahkan mereka telah memulakan rundingan bersama pemain muda berbakat, Akhyar Rashid, yang telah diumumkan sebagai pemain bebas dua minggu lalu.

Langkah itu diambil bagi memperkuatkan pasukan JDT menjelang tahun bersejarah kelab itu di mana Harimau Selatan akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan bertanding di kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

Pendedahan ini tidak mengejutkan kerana rata-rata peminat bola sepak Malaysia percaya JDT menjadi ‘punca’ kenapa Akhyar membuat permohonan penamatan kontrak bersama Kedah.

Walaupun JDT menafikan dakwaan tersebut, namun penafian tersebut tidak diyakini oleh peminat bola sepak Malaysia.

Terdahulu FAM menerusi Jawatankuasa Statusnya membenarkan Akhyar menebus kontrak beliau bernilai RM210,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Seterusnya, selepas Akhyar Rashid bergelar ejen bebas, mana-mana pasukan yang menandatangani beliau perlu membayar RM75,000 kepada Kedah untuk pampasan latihan ataupun pembangunan (development clauses/bonus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here