JDT Nafi Tuduhan Cuba ‘Curi’ Akhyar Rashid

0
563

 

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan tuduhan cuba mendapatkan Akhyar Rashid tanpa berbincang dengan pengurusan Kedah.

Menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, Alistair Edwards yang merupakan pengarah teknikal JDT mendedahkan pihaknya tidak menawarkan sebarang kontrak kepada Akhyar kerana menyedari pemain itu masih dalam kontrak dengan Kedah sehingga akhir tahun depan.

“Kami kecewa kerana dituduh cuba mendapatkan Akhyar Rashid tanpa berbincang dengan pengurusan Kedah. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin berminat untuk menandatangani Akhyar jikalau beliau bersedia untuk berpindah tetapi kami sedia maklum bahawa beliau masih mempunyai kontrak dan disebabkan perkara tersebut, kami tidak membuat tawaran kepada Akhyar,”┬ákata Edwards.

Kata Edwards lagi, JDT tidak boleh menerima tuduhan sedemikian hanya kerana pemain berusia 19 tahun itu mahu menamatkan kontraknya bersama Kedah.

Beliau tampil menjawab beberapa laporan berita yang mengatakan Akhyar ingin menamatkan kontrak dengan Kedah kerana ingin menyertai JDT.

Namun rundingan antara Akhyar dan Kedah FA gagal mencapai kata sepakat yang menyebabkan pemain itu membawa kesnya itu ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sekiranya Akhyar berjaya menamatkan kontrak bersama Kedah, dia akan bergelar ejen bebas tanpa kontrak yang membolehkan beliau bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya, termasuk JDT.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here