JDT Perlukan Dua Tahun Lagi Untuk Menjadi Kuasa Besar Asia

1
695

 

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk menjadi kuasa besar di pentas Asia yang kini dikuasai oleh pasukan-pasukan dari Jepun, Korea Selatan dan Timur Tengah.

Juara Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut itu telah melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan, namun Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu bersikap realistik dengan tidak meletakkan harapan tinggi pada saingan itu.

Bagi TMJ, dia cukup mengagumi Liga Thailand kerana telah melakukan tugas yang sangat hebat dengan mencungkil bakat muda, membangun pemain muda, memberi mereka pendedahan yang baik, bermain dengan baik dan mempunyai kemudahan kelas tertinggi.

Contoh terbaik yang diberikan TMJ ialah juara tujuh kali Liga Thai (Thai League 1), Buriram United yang telah memulakan projek pembangunan enam tahun lebih awal sebelum JDT.

“Jika anda melihat pasukan tentera atau pasukan tentera laut di Thailand, ia mempunyai kemudahan yang lebih baik daripada mana-mana pasukan Liga Super di sini … Jadi mereka menggunakan wang itu di tempat yang betul dan saya harap kita di Malaysia dalam apa jua cara cuba meniru ini dan cuba mengikuti apa betul.

“Jika anda melihat kepada bakat, kita mempunyai bakat, jika anda bercakap tentang professionnalisme, kami bergerak ke arah itu … Tetapi saya pengurusan harus menjadi lebih profesional. Kini saya hanya dapat melihat pasukan seperti Terengganu, PKNS FC dan kita yang benar-benar meletakkan sesuatu yang bukan sahaja melabur di dalam padang tetapi juga di luar lapangan,” kata TMJ ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Skuad Harimau Selatan mengesahkan tempat ke ACL setelah muncul juara Liga Super 2018, selepas Konfoderasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan slot kelayakan automatik ke ACL buat Malaysia untuk musim 2019 dan 2020.

Mengulas mengenai perkara itu, TMJ ternyata bangga dengan kejayaan kelabnya untuk berakis di ACL kerana telah memberikan peluang buat pemain muda seperti Muhammad Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohamed Syamer Kutty Abba, Muhammad Syafiq Ahmad dan Dominic Tan untuk beraksi di pentas tertinggi Asia.

“Kita beri mereka pendedahan dan peluang untuk bermain dengan pemain terbaik…Mereka boleh belajar banyak dan Insha Allah ia bukan sahaja untuk kebaikan kelab tetapi untuk pasukan kebangsaan juga. Jadi ini merupakan situasi menang-menang bagi bola sepak Malaysia apabila JDT bertanding dalam ACL,” ujar TMJ.

Mengulas mengenai persiapan musim depan, TMJ berkata kelabnya telah mengenal pasti beberapa pemain import, tetapi belum tiba masa untuk mengumunkan nama mereka.

Sebelum ini, JDT telah mengumunkan ketibaan pemain import pertahanan baharu, Mauricio dos Santos Nascimento untuk mengantikan tempat rakan senegaranya, Marcos Antonio.

Mauricio yang berusia 30 tahun itu berasal dari Sao Paulo, Brazil itu, pernah menyarung jersi pasukan-pasukan terkemuka Eropah seperti Lazio (Itali), Spartak Moscow (Rusia) dan Sporting Lisbon (Portugal).

“Marcos adalah pemain yang sangat berpengalaman dan sangat pintar, dia adalah pemain pertahanan terbaik di negara ini sejak empat tahun yang lalu … Anda boleh melihat statistik. Untuk menggantikannya, kita memerlukan pemain pertahanan yang lebih teguh, agresif dan dinamik, lebih baik apabila mencapai kelajuan dan kekuatan. Pengalaman sangat penting, saya tidak mahu sesiapa yang datang berumur bawah 27 tahun dan lebih 31 tahun.

“Oleh sebaba itu, kita  mendapat Mauricio, dia tidak bermain untuk kelab biasa. Dia tidak bermain banyak permainan kerana perubahan jurulatih, kerana jurulatih tertentu mempunyai lebih  keutamaan terhadap  beberapa pemain tertentu. Saya rasa  ini membolehkan kita  menyusup masuk  dan dapat meyakinkan beliau untuk datang ke sini.

“Untuk mempunyai pemain yang bermain di pasukan Serie A, Lazio, yang bukan pasukan biasa, datang ke sini dan bersedia bermain untuk kelab dan liga di Malaysia, bagi saya, merupakan aset, satu pencapaian. Ia satu langkah besar, “katanya.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here