Jentera Serangan TRW Tumpul Kerana Tiada Penyerang Tulen

0
231

 

Pengarah teknikal The Red Warriors (TRW), Jorg Peter Stainebrunner mendedahkan ketiadaan penyerang ‘tulen’ menghantui pasukan kendaliannya ketika saingan Liga Perdana 2019 kurang lebih 20 hari sahaja lagi untuk bermula.

Perkara tersebut jelas kelihatan apabila Kelantan tewas dalam dua aksi persahabatan menentang Terengganu FC 1 (TFC 1) dan Kedah baru-baru ini.

Dalam dua perlawanan tersebut Kelantan hanya mampu menjaringkan dua gol iaitu satu gol ketika memperolehi keputusan seri 1-1 menentang pasukan TFC 1 dan satu gol ketika tewas 1-4 kepada Kedah.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Stainebrunner mahu mencari seorang penyerang yang mampu membantu pasukan menjaringkan gol apabila rakan sepasukan lain mencipta peluang dan bukannya penyerang yang hanya sekadar menjadi penumpang dalam pasukan.

Ketika ini, Kelantan sedang menguji pemain import bagi memenuhi keperluan pasukan.

Antara pemain yang sedang diuji Kelantan ialah pemain dari Afganistan Mustafa Zazai yang beraksi di posisi serangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here