Jika kalah Kepada Liverpool, Misi mempertahankan Kejuaraan EPL City Tamat

0
265

 

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengatakan bahawa perjuangan pasukannya untuk mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berakhir jika mereka kalah kepada Liverpool.

City akan menentang Liverpool di halaman sendiri, Stadium Etihad pada hari Jumaat, 4 Januari 2019, pukul 4.00 pagi waktu Malaysia.

“Kami sedar, dengan kedudukan semasa Liverpool sekarang, maka jika kami kehilangan mata, kami sudah tamat,” kata Guardiola kepada Football Tribal.

Liverpool kini berada di kedudukan teratas EPL dengan mengumpul 54 mata dan memegang gelaran pasukan tanpa kalah sepanjang perlawanan (17 kemenangan, 3 seri).

Liverpool mengumpul lebih tujuh mata dari juara bertahan, City yang menduduki posisi kedua liga dengan 47 mata.

Jika City kalah kepada Liverpool dalam perlawanan itu nanti, City bakal ketinggalan lebih jauh di belakang pesaingnya itu, iaitu menjadi perbezaan 10 mata.

“Hampir mustahil (mengejar The Reds jika City kalah lagi). Mereka mungkin kehilangan mata dalam perlawanan seterusnya, tapi mungkin tidak banyak,” kata Guardiola.

“Itulah sebabnya perlawanan nanti akan menjadi satu cabaran bagi kami untuk terus mengejar perbezaan mata semampu mungkin. Sehingga perlumbaan gelaran juara berlangsung hingga akhir musim.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here