Jom Semua Undi Gol Cantik Syahmi Safari Sebagai Pemenang Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir AFF Suzuki

0
1092

 

Seperti yang sudah diketahui semua peminat bola sepak bahawa Malaysia akan menentang Vietnam dalam format final timbal balik minggu depan bagi menentukan Juara Piala AFF Suzuki 2018.

Malaysia mara ke final menerusi kelebihan jaringan tempat lawan apabila berjaya mengikat juara bertahan, Thailand 2-2 di Stadium Rajamangala dalam aksi separuh akhir kedua.

Dibantu dengan permainan berpasukan yang mantap telah memberi peluang untuk dua pemain negara Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha meledak jaringan ketika bertemu skuad Gajah Perang.

Sebelum ini khidmat peminat bola sepak tanah air berjaya meletakkan Faiz Subri sebagai pemenang Anugerah Puskas 2017. Sekali lagi, khidmat anda sekali lagi ditagih untuk memberikan sokongan bagi mengundi gol Syahmi Safari untuk memenangi Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir.

Anda semua boleh berbuat demikian dengan melayari laman facebook rasmi kejohanan, AFF SUZUKI CUP ataupun klik disini untuk mengundi.

Antara pencabar-pencabar lain untuk memenangi anugerah ini adalah gol ala-ala tendangan kungfu pemain Filipina, Patrick Reichelt ketika bertemu Vietnam dan tandukan pemain Thailand, Thithipan Puangchan yang terbias kepada badan Irfan Zakaria.

Selain itu, gol Nguyen Quang Hai pemain vietnam yang menyudahkan peluang jarak dekat ketika bertemu Filipina turut disenaraikan.

Ayuh undi dengan segera, bawa pulang satu lagi anugerah ke tanah air.

Setakat pukul 1.16 tengah hari, 17 Disember 2018, Syahmi Safari berada di tempat pertama dengan meraih undian sebanyak 99126 atau 70.93%.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here