Jurgen Klopp Bangga Dengan Permainan Liverpool Mengalahkan Napoli

0
149

 

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, 51, memuji penampilan pasukannya yang telah menewaskan Napoli dengan keputusan 1-0 di Anfield. Menurutnya, ini adalah penampilan terbaik The Reds semasa di bawah bimbingannya.

Gol kemenangan Liverpool telah diledak oleh Mohamed Salah di pertengahan babak pertama. Hasil kemenangan ini sudah cukup membawa The Reds ke pusingan kalah mati.

Gol kemenangan Mohamed Salah minit 34

Prestasi Terbaik Liverpool

Kloop mengakui dia sangat teruja dengan perlawanan ini, banyak peluang gol tercipta tetapi gagal disempurnakan. Aksi penyelamatan oleh Alisson Becker turut dipuji Klopp.

“Permainan ini sangat hebat, luar biasa, macam tidak percaya. Pemain bermain sepenuh hati di atas padang,” kata Klopp.

Penyelamatan Alisson Becker di masa kecederaan

Boleh Lebih Dari 1-0

Klopp turut mengakui bahawa pasukannya dapat memenangi perlawanan itu dengan keputusan lebih dari 1-0 kerana memiliki banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol terutamanya oleh Sadio Mane di depan gol lawan.

“Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi 2-0 masih tidak cukup.

“Tempoh yang sukar adalah setelah kami di depan 1-0. Anda dapat lihat kami sedikit lega dan Napoli pula mula bertindak balas. Mereka mula membuat perlawanan itu menjadi semakin sengit.” kata Klopp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here