Jurulatih Atletico Madrid Kecewa Dengan Debut Morata

0
244

 

Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone agak kecewa dengan Alvaro Morata kerana kurang menyerlah pada perlawanan pertamanya bersama Atletico menentang Real Betis.

Pada perlawanan ke-22 La Liga itu, Atletico tewas kepada Real Betis dengan keputusan 1-0.

Jurulatih dari Argentina itu juga turut berharap agar bekas pemain Chelsea itu cepat menemukan prestasi terbaiknya dan segera meledak gol untuk membantu Atletico meraih kemenangan musim ini.

“Debut Alvaro Morata? Saya tidak mahu bercakap tentang individu, walaupun sukar bagi mereka untuk maju kerana tidak banyak peluang. Kami berharap Morata akan segera bersatu bersama rakan-rakan sepasukannya dan mula menjaringkan gol dengan segera,” kata Simeone seperti dilapor oleh laman web Football Espana.

Walau bagaimanapun, Simeone enggan menjadikan penampilan buruk Morata pada perlawanan tersebut sebagai penyebab kekalahan pasukan bimbingannya itu.

Namun dia mengakui bahawa sedikit kecewa kerana pemain-pemain Atletico tidak dapat keluar dari tekanan dan sering gagal mencipta peluang (gol) dalam perlawanan tersebut.

“Kami berasa kecewa kerana kami tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang kami hadapi dan kami tidak dapat mencipta peluang (gol) yang sebaiknya,” kata Simeone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here