Jurulatih Itali Kecewa Melihat Balotelli Mensia-siakan Bakatnya

0
559

 

Jurulatih skuad Itali, Roberto Mancini, 54, kecewa dengan prestasi buruk Mario Balotelli sekarang dengan pasukan Nice. Dia merasakan Balotelli seakan-akan seperti membazirkan bakat hebatnya setakat ini.

Pada tahun 2016, Balotelli telah menyertai Nice dengan harapan untuk meningkatkan kerjayanya yang semakin hari semakin parah sebelumnya. Harapannya itu menjadi kenyataan apabila dia berhasil mencatatkan 43 gol dalam 66 penampilan dalam dua musim di semua perlawanan.

Pada bursa transfer musim lepas, Balotelli memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya agar dapat menyertai kelab besar. Malangnya, tawaran yang diidam-idamkannya itu tidak datang dan dia terpaksa akur dan menerima kontrak baru dari Nice lagi.

Mancini kasihan melihat Balotelli

Pada musim 2018-19 ini, persembahan Balotelli semakin buruk apabila jurulatih Nice, Patrick Vieira mula tidak percaya pada prestasinya dan akibatnya dia sering berada di bangku simpanan.

“Saya merasa kasihan melihat Balotelli mensia-siakan bakatnya dengan cara seperti itu, tetapi saya fikir dia masih boleh membuat orang terhibur dengan mencetak gol,” ujar Mancini kepada Radio Anch’io Sport.

“Harapan selalu menjadi hal terakhir sebelum berakhir dan terkadang muncul di fikirannya. Waktu berlalu dengan cepat jadi dia harus memanfaatkan semua kesempatan yang dia punya,” lanjutnya.

Mancini fokus membina pasukan EURO 2020

Mancini tidak boleh kasihan dan fokus terhadap Balotelli sahaja kerana dia juga perlu membuat satu pasukan yang kuat bagi mengharungi pusingan kelayakan EURO 2020.

Pada pusingan kelayakan, skuad Itali berada dalam Kumpulan J dengan pihak lawan yang agak mudah iaitu Bosnia-Herzegovina, Finland, Greek, Armenia, dan Lichtenstein.

“Kelayakan pusingan EURO 2020 harus dimainkan terlebih dahulu, tetapi cukup jelas akan ada hasil yang baik.

“Akan ada beberapa perlawanan sukar seperti di Athens dan Sarajevo, jadi kami perlu bermain perlawanan dengan semaksimum mungkin,” kata Mancini.

Pada 23 Mac 2019, Itali akan membuka kempen kelayakan mereka dengan perlawanan menentang Finland.

Ianya kelihatan mustahil untuk Balotelli terlibat dalam perlawanan itu, tetapi masih ada waktu untuk dia menonjolkan diri di Nice.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here