Jurulatih Juventus Akan Rehatkan Ronaldo

0
261

Cristiano Ronaldo menjadi pemain utama di Juventus dan sering kali bermain dalam setiap perlawanan sejak berpindah dari Real Madrid pada musim perpindahan musim panas 2018 yang lalu.

Walaupun dia sudah berusia 33 tahun, Ronaldo telah mengumpul masa bermain yang agak tinggi bersama Juventus  iaitu 1,340 minit di Liga Itali 2018/19.

Bagi menjaga prestasi Ronaldo, jurulatih Juventus, Massimiliano Allergi akan memastikan pemain berjersi no tujuh itu diberi masa untuk berehat menjelang akhir tahun ini.

Buat masa sekarang sebelum penghujung Disember, Juventus masih mempunyai baki empat perlawanan di Liga Itali 2018/19. Allergi berhasrat untuk membiarkan Ronaldo berehat dari bermain dalam salah satu perlawanan antara Atalanta, AS Roma atau Sampdoria.

“Ronaldo akan berehat di salah satu daripada tiga perlawanan kami, iaitu antara AS Roma, Atlanta atau Sampdoria. Saya telah memberitahunya,” kata Allergi menurut laporan Football Italia.

Menurut Allergi lagi, Ronaldo akan diturunkan bermain semasa menentang Torino pada hari Ahad ini (16 Dicember 2018). Ronaldo akan digandingkan bersama dengan Mario Mandzukic di bahagian serangan.

“Di depan,Mandzukic akan bermain bersama dengan Ronaldo,” kata Allergi menerusi laman web rasmi Juventus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here