Jurulatih PSG : Mbappe Tidak Sesuai Ganti Posisi Neymar

0
196

 

Jurulatih Paris Saints-Germain, Thomas Tuchel mengatakan bahawa Kylian Mbappe tidak boleh dipaksa untuk menggantikan posisi Neymar yang kini mengalami kecederaan.

Dikhabarkan, bintang dari Brasil itu terpaksa berehat sehingga April 2019.

Melihat dari keadaan sekarang, sudah tentu bahagian serangan PSG bakal kurang menyerlah kerana kehilangan Neymar.

Tuchel kini enggan mengubah taktik serangan pasukan bimbingannya dengan memainkan Mbappe di posisi Neymar.

Tuchel turut menjelaskan bahawa gaya permainan Mbappe tidak sesuai untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Neymar itu.

Katanya lagi, Mbappe merupakan seorang pemain mesin gol PSG dan bukannya pemberi umpan seperti Neymar.

“Saya biasanya lebih suka menempatkan Mbappe sebagai finisher karena dia adalah garis serangan terakhir kami di pertahanan lawan. Dia sangat berbahaya karena langkahnya dan sangat haus untuk mencetak gol,” kata Tuchel seperti dilapor Fourfourtwo.

“Jadi, saya tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan Mbappe di posisi Neymar. Karena saya melihat kualiti Mbappe tidak tepat untuk memberikan assist atau mempertahankan penguasaan bola di separuh padang,” jelasnya.

Dalam dua perlawanan terakhir PSG tanpa Neymar, Tuchel terpaksa menduetkan Mbappe dan Edinson Cavani di barisan hadapan. Sementara itu, untuk peranan yang ditinggalkan Neymar, Tuchel memberikan tanggungjawab itu kepada Julian Draxler dan Angel Di Maria.

“Kami masih mempunyai pemain lain untuk menggantikan peranan Neymar. Apa yang penting ialah pemain boleh menyokong Mbappe dan Cavani untuk memberikan umpan balas yang baik,” jelas Tuchel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here