Juventus Mahu Sambar Lukaku?

0
230

 

Juventus dikhabarkan dalam perancangan untuk mendapatkan penyerang berbisa Manchester United, Rumelu Lukaku dan gergasi Itali itu nampaknya sudah bersedia untuk melakukan ‘serangan’ ke atas Old Trafford.

Juventus sedang mencari pelapis penyerang bagi menggantikan Maroi Mandzukic yang kini sudah berusia 32 tahun, lapor laman web, CalcioMercato.

Penyerang Belgium, Lukaku kini sudah menjaringkan enam gol dalam 22 penampilan bersama United musim ini.

Lukaku yang terlepas aksi ketika Ole Gunnar Solskjaer meraih kemenangan pertama selaku pengurus baharu United Sabtu lalu bukanlah satu-satunya pemain United yang berada dalam radar kelab Itali itu.

Seperti yang dilaporkan Sportsmail, minggu lalu ejen Paul Pogba, Mino Raiola dikatakan ada melakukan perbincangan bersama Juventus namun United tidak berhasrat untuk menjualnya.

Dikhabarkan juga Raiola ada membuat perbincangan mengenai beberapa pemain lain dengan juara Itali itu dikatakan amat berminat untuk membawa kembali pemain tengah yang mereka jual kepada United dengan nilai 89 juta pound (RM471.85 juta) pada 2016.

Juventus juga menjadi antara kelab yang mempunyai minat untuk mengikat Anthony Martial musim lalu.

Selain itu, pertahanan United, Matteo Darmina juga menarik perhatian kelab Serie A itu pada kempen sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here