Juventus Setuju Lepaskan Dybala Ke Real Madrid, Tetapi Ada Syaratnya….

0
1277

 

Khabar baru datang dari pasukan gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dikatakan berminat mendapatkan khidmat bintang Juventus, Paulo Dybala. Pemain dari Argentina itu merupakan belian cadangan kepada skuad Los Blancos jika dua sasaran utama mereka gagal dibawa masuk ke pasukan.

Dua pemain yang menjadi sasaran utama Real ialah bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, dan pemain utama Chelsea, Eden Hazard.

Pastinya bukan kerja mudah untuk mendapatkan salah satu daripada dua bintang ini.

Oleh itu, khabar angin mula timbul bahawa Real menjadikan pembelian Dybala sebagai cadangan. Tetapi, itu tidak bermakna Los Blancos dengan mudah juga boleh mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu.

Menurut laporan media Sepanyol, Don Balon, Juventus meletakkan syarat yang cukup berat untuk Real bagi mendapatkan Dybala iaitu dengan memberikan Isco dan Marcelo serta ditambah dana 20 juta Euro.

Ketibaan pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo ke Juventus telah menjadikan kedudukan Dybala sedikit tergugat. Dybala yang diturunkan sebanyak 19 perlawanan dalam Serie A musim ini hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja.

Jika melihat dari nilai pasaran dua pemain yang menjadi syarat Juventus mengikut data Transfermarkt, Juventus akan mendapat banyak manfaat kerana harga jualan semasa Marcelo ialah 70 juta Euro dan harga jualan Isco ialah 75 juta Euro.

Jikalau proses pembelian ini berjalan lancar, Juventus akan memperoleh keuntungan sebesar 165 juta Euro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here