Juventus Tutup Tahun 2018 Sebagai Kelab Raih Mata Tertinggi Dalam Kalangan Liga Di Eropah

0
243

 

Juara bertahan dan pemimpin Serie A, Juventus menutup tahun 2018 dengan menjadi pasukan yang meraih mata tertinggi dalam kalangan liga elit Eropah.

Aksi terakhir Juventus untuk 2018 menyaksikan pasukan gergasi Itali itu berjaya mengalahkan Sampdoria 2-1 pada minggu ke-19 Serie A, hasil sumbangan gol dari Cristiano Ronaldo.

Seperti dilapor dari Calciomercato, Juventus telah berjaya mengumpulkan 101 mata pada tahun 2018.

Jumlah mata yang dikumpul Juventus lebih banyak daripada dua pesaing terdekatnya iaitu PSG (Ligue 1 Perancis) mengumpul 90 mata dan Manchester City (Liga Perdana Inggeris) mengumpulkan 88 mata.

Selepas tujuh musim berturut-turut menjuarai liga Itali, Juventus sehingga kini masih mencuba untuk memenangi gelaran juara Liga Juara-Juara (UCL).

Untuk merealisasikan sasaran tersebut, memasuki musim 2018-2019, Juventus telah menandatangani pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid bagi memperkuatkan pasukan Juventus.

Ronaldo merupakan pemain yang telah memenangi UCL sebanyak lima kali semasa bersama Real Madrid.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri percaya dengan kehadiran Ronaldo di Juventus dapat membantu Pasukan itu untuk bersaing dengan pasukan-pasukan kuat Eropah yang lain.

“Gelaran Juara Serie A adalah sudah biasa bagi Juventus. Kerana untuk memenangi Liga Juara-Juara, anda harus bertuah. Cristiano Ronaldo harus menjadi kegembiraan untuk Juventus dan untuk bola sepak Itali,” kata Allegri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here