KAFA Masih Tercari-cari Pengganti Yusri

0
344

 

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih tercari-cari calon jurulatih yang sesuai untuk menggantikan Yusri Che Lah bagi mengemudi skuad The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Perdana 2019.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan mendedahkan pada awalnya pihaknya sudah mempunyai calon sebagai pegganti Yusri namun terpaksa dilupakan kerana jurulatih itu masih mempunyai kontrak dengan pasukan lain.

Oleh itu, buat sementara waktu ini, KAFA mengambil keputusan memberi mandat kepada pengarah teknikal pasukan, Jorg Peter Steinebrunner untuk mengendalikan sesi latihan TRW.

“Dalam situasi ketika ini, kita memberikan kepercayaan kepada beliau untuk melakukan persiapan kepada pasukan berikutan kita hanya mempunyai masa sebulan lagi sebelum sepak mula sebenar.

“Kami harap masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini menggangu persiapan pasukan,” katanya kepada Utusan.

Terdahulu, KAFA telah bersetuju melantik Yusri sebagai ketua jurulatih TRW untuk menghadapi saingan musim depan. Namun hasrat itu terpaksa dilupakan apabila Yusri memilih untuk mengubah angin dengan menyertai Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here