Kaka Buka Cerita Pengalaman Pahit Semasa Bersama Real Madrid

0
978

 

Bekas pemain bola sepak Brazil, Ricardo Kaka telah membuka cerita tentang pengalaman buruknya ketika bermain di Real Madrid.

Semasa masih aktif bermain bola sepak, Kaka menyertai Real dari tahun 2009 sehingga 2013.

Walau bagaimanapun, semasa berada di Real, dia tidak dapat mempamerkan permainan terbaiknya seperti di AC Milan.

Dalam temu bual dengan SporTV baru-baru ini, Kaka memberitahu bahawa dia ada dua masalah yang dialami semasa bermain di Real,iaitu kecederaan panjang dan kehadiran Jose Mourinho.

“Masalah utama saya di Real Madrid adalah kecederaan dan ketika saya kembali (pulih), Mourinho berada di sana,” kata Kaka seperti yang dilapor oleh Diario AS.

Menurut Kaka, selama tiga musim di Madrid, dia sentiasa cuba meyakinkan Mourinho untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama, namun Mourinho sentiasa mengetepikannya.

“Mesut Ozil berada di atas dari saya dalam senarai pasukan dan saya sering cuba memujuk Mourinho bahawa saya masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan,” kata Kaka.

“Saya tidak pernah mengancam mahu pergi dan memaklumkan kepada akhbar tentang itu. Saya berdiam diri. Kerana saya fikir saya ada sesuatu untuk disumbangkan kepada pasukan,” katanya.

Walaupun mempunyai hubungan kerja yang kurang baik dengan Mourinho, Kaka menyatakan bahawa dia secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan Mourinho. Kaka mengakui bahawa dia telah bertemu Mourinho ketika berkunjung ke Manchester sebelum ini.

Menurut Kaka, Mourinho adalah jurulatih pintar. Sebagai bukti, beliau berkata Mourinho telah membawakan trofi kejuaraan La Liga dan membawa Real ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

“Saya tinggal di hotel yang sama dengan tempat Mourinho tinggal di Manchester dan kami bercakap selama dua jam, itu bukan masalah,” kata pemain yang menamatkan kerjayanya di Orlando City.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here