Kalah Kepada Newcastle, Guardiola Akui City Bermain ‘Teruk’

0
125

 

Pada perlawanan ke-24 Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19, Manchester City telah dikejutkan Newcastle apabila dikalahkan dengan keputusan 2-1 awal pagi tadi.

Bermain di tempat Newcastle iaitu St James Park, kedua-dua pasukan menurunkan kombinasi pemain terbaik mereka.

City tampil cemerlang pada awal permainan apabila pada minit pertama, Sergio Aguero berjaya menjaringkan gol selepas memanfaatkan sebaik mungkin lorongan bola dari David Silva dalam kawasan kotak penalti.

Keputusan 1-0 kekal untuk City sehingga tiupan wisel berakhirnya babak pertama perlawanan.

Masuk babak kedua perlawanan, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Salomon Rondon pada minit ke-66.

Pada minit ke-80 permainan, Matt Richie berjaya meletakkan Newcastle mendahului City dengan keputusan 2-1 menerusi sepakan penalti.

Keputusan 2-1 ini memberi kemenangan kepada Newcastle sehingga tiupan wisel perlawanan.

“Ini bukan penampilan terbaik kami, kami membuat gol dalam perlawanan ini, tetapi kami tidak dapat menemui rentak permainan kami,” kata Guardiola.

“Kami tidak dapat mengatasi bola kedua mereka dan juga umpan bola tinggi. Kami mempunyai banyak peluang tetapi apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan. Tahniah kepada Newcastle,” katanya seperti dilaporkan¬†BBC Sports.

Kekalahan City ini membuka peluang untuk Liverpool menjarakkan kedudukan berada di puncak liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here