Kalah Lagi, Penyokong Arsenal Marah Terhadap Granit Xhaka

0
79

 

Pada perlawanan ke-22 Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19, Arsenal sekali lagi terpaksa menerima kekalahan kelima mereka pada musim ini setelah tewas 0-1 kepada West Ham United di London Stadium.

Selepas tamat perlawanan tersebut, rata-rata peminat Arsenal telah meluahkan kekesalan mereka di media-media sosial seperti Twitter.

Menurut laporan dari Squawka, kebanyakan peminat-peminat Arsenal kecewa dengan permainan Granit Xhaka dalam perlawanan tersebut.

Bagaimana mereka tidak kecewa, satu-satu gol yang berjaya diledak oleh West Ham adalah disebabkan kesalahan pemain itu.

Gol West Ham bermula dari Xhaka yang melakukan tandukan untuk membuang bola dari kawasan bahaya, malangnya bola tersebut tepat menuju ke arah kaki Samir Nasri.

Nasri terus melorong bola tersebut ke arah Declan Rice yang kemudiannya menendang bola tersebut tepat ke arah gol Arsenal untuk memberikan gol buat West Ham pada minit ke-48.

Xhaka yang sedang menanduk bola

Pada musim lalu, Xhaka telah dilabelkan sebagai pemain yang paling kerap melakukan kesalahan. Sebanyak lima gol telah direkodkan berpunca dari kesalahannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here