“Kami Seperti Adik-Beradik,” Nafi Cavani Mengenai Hubungan Tegang Dengan Neymar

0
433

 

Edinson Cavani menafikan tanggapan hubungan tegang di antara dia dan rakan sepasukan di Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Cavani dan Neymar berlaga ketika aksi persahabatan antara Uruguay dan Brazil pada Jumaat lalu.

Disebabkan insiden itu, Cavani yang merupakan penyerang Uruguay didenda kerana didakwa melakukan sentuhan keras kepada kapten Brazil itu ketika aksi di Stadium Emirates.

“Perkara hanya berlaku di padang adalah bola sepak, tetapi selepas itu kami adalah kawan, ‘adik-beradik’, rakan sepasukan,” jelas Cavani kepada RMC Sport.

“Tetapi ketika perlawana kamu ingin menang, dan ia adalah normal sekiranya anda mempertahankan pasukan sendiri.

“Saya tidak melakukan apa-apa, tidak menyentuhnya. Saya pergi melihatnya dan beritahu bahawa saya tidak sentuh dia, itu sahaja. Saya berbuat demikian (berjumpa) dengannya dan juga kepada orang lain.

“Tidak apa yang perlu dicakap, hanya media yang bercakap mengenainya.”

Dalam masa yang sama, Cavani turut bercakap mengenai anugerah Ballon d’Or yang akan berlangsung bulan depan.

Bagi Cavani, trofi tersebut sesuai diberikan kepada pemain pasukan Perancis yang menjuarai Piala Dunia di Rusia Jun lalu.

“Tiga atau empat orang pemain layak menerimanya.

“Raphael Varane, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe.

“Anda perlu melihat prestasi setiap pemain, bukan sekadar nama. Lihat prestasi tahun lepas, apa yang semua orang sudah buat, gelaran serta musim itu sendiri.

“Bagi saya pemain Perancis perlu menang. Ada beberapa pemain lain lagi selain mereka.

“Luka Modric (Croatia) melalui musim yang habat tetapi Varane menjuarai Liga Juara-Juara. Okay, Modric merangkul gelaran naib juara Piala Dunia, tetapi Varane lebih layak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here