Kecederaan Tiga Tonggak Utama Peningkan Kepala Klopp

0
882

 

Nasib malang kini menimpa Liverpool apabila Sadio Mane menjadi pemain terbaharu yang bergelut dengan kecederaan selepas Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.

Situasi yang pastinya kurang disenangi dan memeningkan kepala jurulatih Jurgen Klopp.

Mane yang merupakan pemain kebangsaan Senegel dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan tangan ketika sesi latihan sebelum aksi bertemu Sudan.

Mane dipercayai patah ibu jari kirinya.

Walaupun kecederaan itu tidak serius, namun ianya pasti memberi impak negatif kepadanya jika diturunkan dalam perlawanan.

Susulan itu Liverpool akan merehatkan Mane untuk aksi menentang Huddersfield.

Sementara itu, Salah pula mengalami kecederaan otot ketika membantu Mesir menang 4-1 ke atas Switzerland manakala Van Dijk cedera tulang rusuk ketika bersama Belanda berdepan Jerman pada aksi antarabangsa.

Kedua-dua pemain itu juga dijangka tidak akan diturunkan semasa aksi menentang Huddersfield nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here