“Kedah Tak Bagi Tak Apa, FAM Boleh Bagi”

0
185

 

Isu Sijil Perpindahan Negeri (SPN) yang menjadi ‘halangan’ buat pemain muda berbakat Akhyar Rashid untuk beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin boleh diselesaikan dengan memohon sijil sementara kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Walaupun Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap bertegas tidak akan menyerahkan sijil asal dan mahu membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara (CAS), namun KFA tetap terpaksa merelakan Akhyar Rashid ke JDT.

Ini kerana, FAM selaku badan induk kebangsaan boleh mengeluarkan SPN sementara bagi membolehkan Akhyar beraksi bersama JDT.

Justeru, KFA tetap bakal ‘berputih mata’ kerana lepas Akhyar disahkan bergelar ejen bebas oleh Jawatankuasa Status Pemain, Lang Merah sebenarnya sudah kehilangan pemain sayap berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here