Kedah Unggul Dengan 10 Mata Di Tangga Teratas Liga Super

0
74

 

Kedah meneruskan penguasaan mereka dalam perlawanan ke-4 Liga Super musim ini selepas menundukkan Petaling Jaya City FC 2-0 di Stadium MBPJ, semalam.

Jaringan daripada Syahrul Azwari Ibrahim dan Fernando Rodriguez dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk skuad Lang Merah itu meraih kemenangan ketiga daripada empat perlawanan musim ini.

Kedah yang seakan-akan beraksi di Alor Setar ekoran limpahan penyokongnya yang hadir ke laman PJ City FC itu — dengan Safee Sali diturunkan buat kali pertama selepas meninggalkan Perlis — mendominasi sepanjang babak pertama.

Mereka memperoleh jaringan seawal minit ketujuh hasil ketajaman Syahrul Azwari yang menanduk masuk bola hantaran jauh Baddrol Bakhtiar.

Kedah kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-41 menerusi gerakan sepasukan menarik hasil serangan balas pantas yang disudahkan Rodriguez.

Rodriguez hampir menambah jaringan dalam babak kedua, namun dia mensia-siakan peluang di depan gawang dengan sepakan yang tersasar ke sebelah kanan.

Baddrol kemudian menghasilkan sepakan percuma kencang yang ditepis keluar penjaga gol PJ City FC, Muhaimin Mohamad.

Kemenangan itu mengekalkan Kedah di tangga teratas Liga Super selepas mengumpul 10 mata.

Keputusan lain:

KUALA LUMPUR 0 TERENGGANU FC 1
                              (Igor Zonjic m-69)

stadium astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here