Kekalahan Lalu Barcelona Kepada Levante 5-4 Dibalas Dengan 5-0

0
139

 

Barcelona berjaya meraih kemenangan bergaya 5-0 keatas Levante dengan Lionel Messi meledak hatrik manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Luis Suarez dan Gerard Pique.

Kemenangan tersebut telah membolehkan Barca terus berada di puncak La Liga dengan kelebihan tiga mata diatas Sevilla.

Pada perlawanan dengan Lavente sebelum ini, Barca telah mengalami kekalahan 5-4 di tempat Levante (Valencia) pada 14 Mei 2018.

Barca jelas tidak ingin kekalahan di sana berulang dan Luis Suarez berjaya meledak gol pertama hasil lorongan cantik dari Messi pada minit ke-35.

Kemudiannya Lionel Messi tampil lebih garang apabila berjaya meledak hatrik iaitu pada minit ke-43, 47 dan 60. Namun ‘kehausan’ Barca menjaringkan gol tidak terhenti di situ sahaja, apabila Gerard Pique turut berjaya meledak gol pada minit ke-88.

Barca kini memiliki dua penjaring terbanyak liga iaitu Messi dan Suarez. Sekiranya kelab itu dapat mengekalkan momentum seperti sekarang, sudah tentu agak sukar untuk pasukan lain untuk menggugat kedudukan Barca sebagai pendahulu liga.

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde menggunakan formasi 3-4-3 untuk menentang Levante tanpa Nelson Semedo yang tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Walaupun begitu, Messi turut berjaya memimpin pasukan Barca dengan kemenangan mudah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here