Kelantan Tak Mampu Bayar Lagi….

0
5645

 

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berdiam diri untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji bekas pemain Kelantan dalam usaha persatuan itu mendapatkan lesen kelab bagi beraksi pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, sehingga kini pihaknya sudah melangsaikan 70 peratus tunggakan gaji berjumlah RM2.6 juta kepada bekas pemain, membabitkan pemain import dan tempatan yang beraksi antara musim 2015 dan 2017.

“Bukan kami tidak mahu bayar bakinya (tunggakan), namun biarlah ada sikap tolak ansur terutamanya ketika persatuan mengalami tekanan kewangan ketika ini. Bagi kami ruang untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar hari ini iaitu KAFA diingatkan tidak lepas tangan isu pembayaran gaji bekas pemain Kelantan.

“Kita cuba untuk selesaikan, namun ada kumpulan bekas pemain ini membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Permain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

“Daripada laporan itu, kita mendapati jumlah tuntutan berbeza dengan rekod persatuan oleh itu mereka perlu datang berbincang dengan KAFA,” katanya.

“Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada beberapa bekas pemain Kelantan yang terbabit dengan masalah tunggakan gaji memahami masalah yang dihadapi persatuan, katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here