Kelantan Tolak Tawaran Tajaan ‘Ubat Kuat’

0
3792
FOTO : Kelantan FA

Viral di media sosial, surat yang menyatakan bahawa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menolak permohonan sebuah syarikat minuman tenaga untuk menjadi penaja utama skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Alasan yang diberikan KAFA adalah nilai RM500,000 yang ditawarkan syarikat itu untuk menjadi penaja utama adalah tidak menepati kriteria penajaan ditetapkan persatuan itu, iaitu RM3 juta selain menyatakan bahawa minuman tenaga daripada syarikat berkenaan tidak bersesuaian dengan imej KAFA.

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif daripada penyokong TRW – dalam pada ada yang bersetuju KAFA mencari penaja lain memandangkan minuman syarikat tersebut adalah berkonsepkan ‘ubat kuat’, ramai juga yang berpendapat sikap ‘jual mahal’ KAFA ini adalah sebab sebenar mereka sukar mendapat penaja.

Antara komen lain berbunyi, “Tak kisahlah syarikat mana pun, memang RM500,000 tu terlalu kecil untuk uruskan pasukan, RM3 juta jika kita sebuah pasukan Liga Super boleh dianggap murah, tapi kita bermain Liga Premier sudah tentu penaja menganggap ia terlalu tinggi, KAFA sepatutnya buka ruang untuk rundingan, bincang sampai jadi.

“Jangan jual mahal, kalau harga untuk menjadi penaja berpatutan mungkin banyak lagi syarikat berminat, tetapi jika tidak mereka pun mungkin akan fikir banyak kali sebab kita main Liga Premier tahun depan. Mileage kepada penaja tidak tinggi pun, siaran langsung pun tiada.”

Umum mengetahui Kelantan adalah antara pasukan paling teruk dipalit masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan, terutamanya pasca menjuarai treble 2012.

Tan Sri Annuar Musa masuk sebagai penyelamat pada 2008, menyelesaikan hutang-hutang lapuk dan mengangkat martabat pasukan itu sebagai pasukan disegani tetapi sayangnya dia meninggalkan pasukan dalam keadaan parah.

Jadi, untuk menyalahkan presiden ketika ini, Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai punca beban kewangan ini mungkin tidak tepat, tetapi lebih tepat untuk mengatakan bahawa harapan besar diletakkan penyokong kepadanya agar isu ini tidak berulang dan solusi yang terbaik dapat difikirkan untuk mengatasinya.

Bibi Ramjani sedar tentang harapan ini, sebelum memenangi kerusi presiden lagi dia tahu bahawa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menanggung hutang yang terlalu besar dan semua liabiliti kewangan itu akan jatuh ke bahunya untuk diselesaikan.

Tetapi dia tidak gentar, menyuarakan keyakinan semua itu akan dapat diselesaikan jika kepercayaan diberi kepadanya.

Malah sehingga sekarang, apa yang masih tidak dapat dilupakan penyokong-penyokong Kelantan adalah janjinya untuk membawa masuk tiga syarikat multinasional sebagai penaja Kelantan dan pelbagai program kerjasama akan dirangka termasuk program penempatan pemain.

Selepas menang, tiga syarikat multinasional itu tidak nampak batang hidung, masalah kewangan bertambah buruk, pemain-pemain sama ada ditamatkan kontrak, dipinjamkan ke pasukan lain ataupun lebih teruk ada yang ‘didera mental’ agar secara sukarela meninggalkan pasukan.

Yang tinggal akhirnya hanyalah pemain-pemain muda diserap dari skuad Piala Presiden dan mereka yang ‘memahami’ masalah dihadapi persatuan, mereka yang akan hanya berdiam diri walaupun gaji tak dibayar tiga atau empat bulan. Operasi pasukan, survival mereka cuba diteruskan dengan bajet terhad.

Dengan prestasi pasukan yang merudum sepanjang 2018, kekal di kedudukan dua tercorot daripada awal hingga tamat saingan Liga Super, didapati ianya sukar menarik mana-mana penaja tampil bekerjasama dengan KAFA, dan sekali lagi ramai bertanya tentang apa yang sebenarnya terjadi kepada tiga syarikat multinasional yang pernah digembar-gemburkan itu.

Sebenarnya bukan tiada penaja yang berminat untuk bekerjasama dengan bolasepak Kelantan. Sebagai sebuah pasukan yang mempunyai fanbase besar dan penyokong yang cukup fanatik di seluruh negara, Kelantan boleh menarik minat sesiapa sahaja untuk menaja mereka.

Sebab itulah jersi TRW pernah dianggap sebagai ‘papan iklan’ bergerak pada beberapa tahun lalu kerana sekurang-kurangnya 10 penaja bekerjasama dengan mereka, dan slot yang diberi di atas jersi adalah mengikut jumlah penajaan.

Tetapi mengambil kira situasi semasa, KAFA perlu belajar untuk bersyukur dengan tawaran yang datang, tidak sombong, tidak jual mahal dan cuba menukar setiap prospek menjadi penaja pasukan.

Kredit: Fox Sports Asia 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here