Kembali Ke Old Trafford, Ronaldo Sentiasa Rasa ‘Istimewa’

1
764

 

Cristiano Ronaldo akan kembali mengenang kenangan manis di Old Trafford apabila akan bertandang ke sana bersama Juventus berdepan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi nanti.

Ronaldo memiliki hubungan ‘istimewa’ dengan United kerana permulaan kariernya sebagai bintang bola sepak terbaik dunia bermula di sana. Pemain dari Portugal itu mengejutkan dunia dengan aksi memukau ketika memakai jersi United lagi.

Sehingga saat ini Ronaldo sentiasa menjaga hubungan baik dengan United dan bekas jurulatih legenda yang banyak membantunya, Sir Alex Ferguson.

Amat Istimewa

Bagi Ronaldo, perlawanan awal pagi nanti amatlah istimewa berbanding dengan rakan sepasukannya yang lain. Dia pernah menentang United ketika bersama Real Madrid, ketika itu Ronaldo tidak meraikan gol yang dijaringkannya.

“Kembali ke Manchester terasa istimewa bagi saya. Di sini saya memiliki banyak kenangan tentang kemenangan dan kasih sayang dan khususnya bersama Alex Ferguson,” tegas Ronaldo kepada fourfourtwo.

“Dia adalah individu yang banyak membantu saya.”

Perlawanan Sukar

Meskipun United sedang berhadapan dengan krisis prestasi, Ronaldo yakin perlawanan awal pagi nanti tidak akan berlangsung dengan mudah. Dia menjangkakan United sebagai satu pasukan yang kuat dan sukar ditewaskan sama seperti Juventus.

“Ini akan jadi perlawanan yang sukar. United kuat tetapi jika kami mampu bermain dengan cara yang diinginkan jurulatih, kami akan memiliki peluang yang baik untuk mencipta kemenangan.

“Bagaimanapun, kami tak boleh memandang rendah lawan kami. Kami berada di kedudukan yang bagus dan kemenangan akan membantu kami terus melangkah jauh,” ujar Ronaldo.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here