Kenapa Solat Subuh Ada Doa Qunut? Benarkan Qunut Subuh Adalah Bidaah.. Ikuti Penjelasan Ini..

0
343

Ada sebahagian pendapat yg mengatakan bahawa membaca doa qunut pada solat subuh adalah perkara bidaah , kerana menurut mereka nabi saw tidak pernah melakukannya. Untuk mengetahui kebenaranya perlu dijelaskan lebih jauh, berikut sedikit penjelasan untuk membuka mata kita.

PENGERTIAN QUNUT
Perkataan qunut berasal dari bahasa ARAB ” قنت – ىقنث – قنوت ” yg artinya taat atau tunduk.
Adapun Qunut menurut syara adalah : berdiri lama solat dengan membaca Doa Qunut { Mu’jam al-Wasith II/671 }

Lafaz qunut diertikan kusyuk dalam solat, tersebut dalam Firman Allah “Peliharah segala solatmu dan periharalah solat wustha. berdirilah kerana Allah dalam solatmua yang kusyuk “{ al -Baqarah : 238 }

Anas bin Malik ra berkata :
انة صلة علىة وسلم زفع ىدىة فى القنو ت رواه البىهقى { سنن البىهق ٢١١}

“Adalah Nabi saw mengangkat kedua tanganya disaat membaca Doa qunut” HR. Baihaqi { Sunan Baihaqi II/211 }

MACAM-MACAM QUNUT
Dalam syariat Islam terdapat 3 macam qunut , semuanya dilakukan oleh Nabi saw , dan dianjurkan melakukannya pada waktu dan posisinya masing masing ketiga macam qunut itu adalah :

QUNUT SUBUH
Qunut Subuh adalah dengan membaca Doa Qunut pada solat subuh pada rakaat terakhir setelah bangun dari ruku’ sebelum sujud. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa membaca Do’a Qunut pada solat subuh adalah sunnah. Sedangkan imam syafi’i berpendapat ia merupakan sunnah muakkadah (perkara sunnah yang dituntut) dan bila terluoa harus diganti dengan sujud sahwi.

Kerana doa qunut subuh selalu dikerjakan oleh Nabi saw, pada setiap solat subuh tidak pernah ditinggalkan sampai akhir hayatnya .

Aadapun dalil-dalil yang dianjurkan qunut
1. Nabi saw, dan para sahabatnya tidak pernah meninggalkan membaca Do’a Qunut pada setiap solat subuh hingga akhir hayatnya. Anas bin Malik ra berkata :

ان النبي صله عليه وسلم قنت شهرا يدعو عليهم ثم ترك فاما في الصبح فلم يزل يقنت حتى قارق الدنيا ” زوهال بيهقي والدرقتني { المجمو ع ج٣ص٥٠٤}

” Sesungguhnya Nabi saw, Qunut nazilah sebulan penuh, kemudian beliau tinggalkan Qunut Nazilah tsbt, Adapun Qunut subuh beliau tidak meninggalkan sampai akhir hayatnya ” HR. Baihaqi dan Daruquthny { al-Majmu’ IV/504 }

2.Nabi saw, dan para sahabatnya setiap solat subuh membaca doa qunut ” Allahummahdinii fiiman hadait ” dalam hadits dari Abu hurrairah ra, diceritakan

كا ن زسول الله صلله عليه وسلم اذا رفع رأسه من الركوع فى صلآة الصبح فىالركعة الثنا نية رفع يديه فيدعو بهذا الدعا ء ” اللهم هد نى فيمن هديت إلى آخر ” زواه الحا كم وصححه

” Adalah Nabi saw, bila bangun dari ruku’ dalam solat subuh pada rakaat yg kedua beliau mengangkat kedua tangannya maka beliau membaca do,a qunut ” Allaahummahdinii fiiman hadait wa-‘aafinii fiiman afait.” { HR. Hakim }

  1. Nabi saw, mengajarkan kepada Ibnu Abbas Do’a Qunut yg dibaca dalam setiap solat subuh. dalam hadits dari Ibnu Abbas ra, diceritakan , ia berkata :

أن النبي صلله عليه وسلم كان يعلمهم هدا الدعاء ليدعوا به في القنوت من صلآة الصبح “رواه البيهقي ( سنن ليهقى ج٢ص٢١٠)
” sesungguhnya Nabi saw , mengajarkan do’a Qunut pada solat subuh ” HR. Baihaqi { sunan Baihaqi II/211}

  1. Nabi saw, disaat membaca Do’a qunut pada shalat subuh beliau mengangkat kedua tanganya , sambil berdoa . dalam Hadits dari Anas bin malik ra, ia berkata :

أنه صل وسلم رفع يديه فى القنو ت “{ رواه البيهقى سنن البيهقى ج٢ص ٢١١}

” Nabi saw, mengangkat kedua tangannya disaat membaca doa Qunut subuh ” HR Baihaqi { Sunan Baihaqi II/211 }

  1. Nabi saw, dan para sahabatnya membaca doa doa Qunut dalam solat subuh dan juga solat witir dengan doa Allaahummahdinii fiiman hadaita…” dalam Hadits Ibnu Abbas ra, ia diterangkan ia berkata :

أن النبي ص, يقنت فى صلاة الصبح وفى الو تر بهؤلاء كلما ت ” اللهم هدني فيمن هد يت إلى آخره” رواه البيهق ( سنن البيهق ج٢ص٢١٠ )
” Nabi saw , membaca doa Qunut dalam shalat subuh dan pada shalat witir dan doa yg dibaca adalh : ” Allaahummahdinii fiiman hadait….” HR Baihaqi { Sunan Baihaqi II/210 }

Sumber: Abdul Kholik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here