Keputusan EPL, Liverpool Kembali Ke Puncak Liga

0
147

 

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:

Brighton 1 (Duffy 76) Burnley 3 (Wood 26, 62, Barnes 74-pen)

Crystal Palace 1 (Zaha 76) West Ham 1 (Noble 27-pen)

Fulham 0 Manchester United 3 (Pogba 14, 65-pen, Martial 23)

Huddersfield 1 (Kolasinac (90+3-gs) Arsenal 2 (Iwobi 16, Lacazette 44)

Liverpool 3 (Mane 24, Wijnaldum 34, Salah 48) Bournemouth 0

Southampton 1 (Stephens 90+1) Cardiff 2 (Bamba 69, Zohore 90+3)

Watford 1 (Gray 65) Everton 0

Liverpool Kembali Ke Puncak Liga

Liverpool merampas semula carta teratas Liga Perdana Inggeris dengan gol daripada Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Mohamed Salah membantu mereka menewaskan Bournemouth 3-0, sebentar tadi.

Dua keputusan seri berturut-turut menentang Leicester dan West Ham menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu diatasi Manchester City dengan perbezaan gol, pertengahan minggu lalu.

Tetapi Liverpool memanfaat sepenuhnya kelebihan beraksi lebih awal berbanding penyandang juara itu dengan kembali menjarakkan jurang kepada tiga mata berbanding City yang dijadual bertemu Chelsea, esok.

Klopp sebelum ini mencabar pemainnya supaya ‘menikmati’ keterujaan memburu kejuaraan liga berbanding dibelenggu dengan rasa gemuruh bagi menamatkan penantian 29 tahun Liverpool meraih gelaran.

Justeru, selepas Mane memecah kebuntuan gol pada pertengahan babak pertama, ia meredakan ketegangan di Anfield yang menyaksikan Reds kembali ke landasan kemenangan yang membantu mereka meraih sembilan kemenangan berturut-turut pada November dan Disember.

James Milner yang mengemudi bahagian pertahanan kanan sekali lagi membuktikan impak kehadirannya apabila hantarannya bijak disambar Mane menerusi tandukan untuk gol keempatnya musim ini.

Wijnaldum yang menjadi satu-satunya pertukaran yang dibuat Klopp ketika pasukannya seri 1-1 di West Ham turut membuktikan kehadirannya bermakna apabila pemain tengah Belanda mencetus impak besar.

Sebelum Wijnaldum meledak gol kedua, Salah sepatutnya sudah menggandakan kelebihan Liverpool tetapi cubaannya berpunca hantaran bijak Roberto Firmino menerusi serangan balas pantas berjaya dipintas pertahanan Bournemouth.

Begitupun, 11 minit sebelum babak pertama berakhir, Wijnaldum dengan bijak memperdaya penjaga gol Artur Boruc dan penjaga gol Poland itu sekali lagi tertewas, tiga minit selepas babak kedua bersambung menerusi gerakan licik Salah.

Mane dan Salah mempunyai peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi gagal melaksanakannya dengan Bournemouth kini tewas lapan perlawanan di gelanggang lawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here