Keputusan Undian Piala FA Pusingan Keempat, Arsenal Vs Manchester United

0
168

 

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Arsenal telah mengalahkan Manchester United sebanyak tujuh kali di Piala FA, termasuk mengalahkan mereka dalam perlawanan akhir.

Tidak ada pasukan lain yang lebih kerap menyingkirkan United daripada Piala FA selain Arsenal.

Menariknya , United juga melakukan perkara yang sama terhadap Arsenal.

Mereka juga  sudah tujuh kali pernah menyingkirkan Arsenal dalam saingan Piala FA.

Kedua-duanya telah disahkan bakal bertemu sekali lagi di pusingan keempat Piala FA nanti.

Arsenal berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya setelah menewaskan Blackpool 3-0, sementara United pula menewaskan Reading 2-0 pada pusingan sebelumnya.

Keputusan pusingan keempat Piala FA bakal mempertemukan Arsenal Vs Manchester United pada 26 Januari 2019 dimana Arsenal sebagai tuan rumah perlawanan.

Hasil Penuh Undian Perlawanan Pusingan Keempat Piala FA

Swansea vs Gillingham

Wimbledon vs West Ham

Shrewsbury / Stoke vs Wolves

Millwall vs Everton

Brighton vs West Brom

Bristol City vs Bolton

Accrington vs Derby / Southampton

Doncaster vs Oldham

Chelsea vs Sheffield Rabu / Luton

Newcastle / Blackburn vs Watford

Middlesbrough vs Newport

Manchester City vs Burnley

Barnet vs Brentford

Portsmouth vs QPR

Arsenal Vs Manchester United

Crystal Palace vs Tottenham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here