Ketagih Permainan Video Punca Dembele Sering Datang Lambat Ke Sesi Latihan

0
462

 

Barcelona sudah hilang sabar dengan sikap bintang muda mereka, Ousmane Dembele yang sering datang lambat ke sesi latihan gara-gara ketagih bermain permainan video.

Masalah tingkah laku Dembele kini menjadi isu utama di Barcelona dan kelab gergasi Sepanyol itu sedia menjual pemain tersebut pada musim sejuk ini.

Malah, Dembele sendiri sudah memberitahu kelabnya bahawa dia mahu meninggalkan Camp Nou pada Januari depan.

Arsenal dan Liverpool antara yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.

Menurut laporan Goal, Dembele telah memaklumkan hasrat untuk keluar daripada Barcelona kepada pegawai kelab.

Barcelona bersedia menjual bekas pemain Borussia Dortmund itu bagi mengumpul dana untuk membawa pulang kembali Neymar ke Camp Nou.

Pada Ogos tahun lalu, Barcelona menjual Neymar kepada Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan dunia bernilai 222 juta euro.

Namun kelab gergasi Sepanyol itu berminat untuk mendapatkan kembali Neymar setelah bintang Brazil itu dikatakan tidak gembira di PSG.

Walaupun timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depan Dembele bersama Barcelona, Luis Suarez sebagai rakan sepasukan menggesa pemain muda itu supaya menyedari kesilapannya dan berubah menjadi lebih baik.

“Saya fikir menjadi seorang pemain bola sepak adalah satu penghormatan.

“Saya fikir dia perlu fokus pada bola sepak dan mengambil inspirasi daripada pemain profesional untuk berubah,” katanya.

Ejen kepada Dembele, Moussa Sissoko menafikan dakwaan bahawa kliennya itu digugurkan ketika aksi menentang Real Betis kerana melanggar undang-undang kelab.

“Segala kritikan membuatkan saya ketawa. Ia sudah bermula dengan kelewatan dalam satu mesyuarat sebelum aksi Liga Juara-Juara menentang Inter.

“Saya amat terkejut akhbar boleh melaporkan maklumat ini kerana Dembele sebenarnya tidak datang lambat. Jurulatihnya boleh mengesahkan fakta dia tidak diturunkan bukan kerana lambat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here