Kevin De Bruyne Pulih Dari Kecederaan, Man City Bakal Lebih Tajam

0
102

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola memperoleh berita gembira apabila pemain tengahnya Kevin De Bruyne  sembuh sepenuhnya dari kecederaan lutut.

Sebelum mengalami kecederaan lutut, De Bruyne sempat membuat kemunculan pada awal November lalu.

Kemungkinan besar dari perkhabaran gembira ini, Guardiola bakal menurunkan De Bruyne ketika menentang Everton malam ini.

Man City Bakal Lebih Luar Biasa

Walaupun tanpa De Bruyne sebelum ini, Man City masih dapat mengekalkan rentak dalam Liga Perdana Inggeris 2018/19 di tangga kedua dan berjaya layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara 2018/19. Bayangkan selepas kehadiran De Bruyne, sudah tentu serang City lebih tajam.

“Kembalinya dia sudah tentu akan banyak membantu. Saya ada memberitahunya semasa dia cedera betapa kami merindukannya. Semua pemain rindukannya,” kata Guardiola menurut laporan web rasmi Man City.

“Kepulangannya penting tetapi dia perlu bersaing dengan pemain-pemain yang telah menunjukkan persembahan luar biasa setakat ini. Kami mempunyai lebih ramai pemain dan mampu membuat giliran pemain, tapi tentu saja, bagus dirinya sudah kembali,” tambah Guardiola.

Kevin De Bruyne ‘Kepenatan’

Guardiola mengakui kejayaan pasukannya dalam memenangi Liga Perdana Inggeris musim lalu telah terbayar walaupun pemain-pemain mengalami kepenatan termasuk De Bruyne.

“Kevin musim lalu kepenatan, dan dia luar biasa. Selepas itu dia bermain di Piala Dunia, saya fikir dia penat, mungkin kerana itu [dia cedera].

“Kami tidak mahu dia cedera, tetapi mungkin ianya benar-benar membantu kerana kini dia akan kembali lebih sihat dan akan bermain seperti biasa,” kata Guardiola.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here