Kevin-Prince Boateng Milik Barca

0
118

 

Berita yang mengejutkan dari pemain Sassuolo, Kevin-Prince Boateng yang menyatakan bahawa dia akan berpindah ke Barcelona pada Januari 2019 ini.

Dia pergi ke Barca sebagai status pemain pinjaman. Walau bagaimanapun, pada akhir musim ini Boateng telah ditawarkan kontrak tetap oleh Barca jikalau dia menunjukkan prestasi yang baik.

“Barcelona saya datang,” kata pemain kebangsaan Ghana itu seperti dilaporkan Football Italia.

Walaupun dia mengatakan bahawa dia secara rasmi bergelar pemain Barca, ​​kelab itu belum lagi mengeluarkan pengumuman tersebut. Kebiasaanya pihak pengurusan akan pengumuman menerusi media sosial untuk memberitahu peminat.

Boateng mengakui bahawa dia tidak sabar untuk bermain bersama Barcelona. Lebih-lebih lagi, dia mensasarkan untuk meledak gol bersama Barca ketika menentang Real Madrid pada Mac 2019 nanti.

“Saya berharap dapat menjaringkan gol di Santiago Bernabeu dalam el clasico yang akan datang,” kata bekas pemain AC Milan itu.

Meninggalkan Sassuolo diluahkannya sebagai kesedihan. Walau bagaimanapun, dia tidak mahu membazirkan peluang untuk bermain dengan pasukan besar seperti Barcelona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here